~this blog is belongs to FazirahHanem~
RSS
Showing posts with label ~Hikayat Si Ikan Pari. Show all posts
Showing posts with label ~Hikayat Si Ikan Pari. Show all posts

Tuesday, April 27, 2010

Kisah seorang pemabuk

Masa tengah lepak-lepak dengan ayah(ayah aku pun kaki lepak woo..haha) dekat depan tv, tiba-tiba ayah bukak cerita pasal seorang pemabuk yang diampuni dosanya oleh Allah S.W.T.
Cerita ni memang ada pengajarannya,so aku rasa better aku share dengan korang sebagai pedoman dan pengajaran.

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki di Bashrah yang kerja dia hanya minum khamr(arak)
setiap masa. Suatu hari, ditakdirkan Allah S.W.T, pemabuk ni meninggal dunia. Tetapi tak ada seorang pun orang kampung dia yang nak tolong sembahyangkan dan kebumikan jenazah Si Pemabuk.

Siti Aisah r.a. berkata , rasulullah telah bersabda,
‘Orang yang minum arak, maka janganlah kamu kahwini. Kalau sakit janganlah kamu ziarahi dan bila mati janganlah engkau solati. Demi Allah yang mengutus aku sebagai nabi dengan membawa agama yang benar, tidak akan mahu minum arak kecuali orang-orang yang terkutuk, baik diterangkan di dalam kitab Taurat, Injil, zabur dan Furqan.

Barang siapa yang memberi makan kepadanya miskipun sesuap sahaja, maka allah S.W.T. akan membelitkan ular dan kala jenking pada badannya. Barang siapa yang melaksanakan keperluannya, maka bererti dia menghancurkan agama Islam. Barang siapa meminjamkan wang ringgit kepadanya bererti dia membantu membunuh seorang mukmin. Dan barangsiapa mempergauli dia, maka akan dihalau oleh Allah dalam keadaan buta tanpa ada hujjah baginya.”


Isteri Si Pemabuk yang sedih tu pun mengupah dua orang tukang pikul untuk membawa jenazah suaminya ke dalam hutan untuk ditanam sebab memang tak ada seorang pun dalam kampung tu yang nak tolong sempurnakan jenazah Si Pemabuk tu.

Sampai jer dalam hutan, isteri Si Pemabuk ni bertemu dengan seorang zahid yang memang terkenal dan dihormati yang turun dari pertapaannya untuk menguruskan jenazah Si Pemabuk tersebut.

Berita zahid menyempurnakan jenazah Si Pemabuk tu pun sampai ke pengetahuan orang kampung dan mereka bertanya kepada zahid tu, "Mengapa engkau menyempatkan diri turun dari pertapaanmu untuk menyempurnakan jenaza ini?"

Zahid tu pun menjawab, "Sesungguhnya aku diperintahkan turun kerana ada jenazah orang yang telah diampuni dosanya oleh Allah, sedang di situ tidak ada orang kecuali isterinya".

Orang-orang kampung pun menjadi hairan dengan penerangan zahid kerana mereka tahu sifat Si Pemabuk itu( dan kita pun tahu bahawa
minum arak akan menyebabkan pintu langit ditutup baginya, kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari..Wallahu’alam)

Zahid yang tidak megetahui sifat dan amalan Si Pemabuk pun bertanya kepada isteri Si Pemabuk,
"Apa amalan yang dikerjakannya semasa ia hidup?"

Lalu, si isteri pun menjawab, "Sebagaimana yang diketahui bahawa suami saya memang selalu berada di kedai dekat rumah saya dan kerjanya hanya sibuk minum khamr dan mabuk sepanjang"

"Apakah ada amalnya yang baik?" tanya zahid lagi.

Jawab si isteri pemabuk itu, "Tidak ada, cuma bila suami saya sedar di waktu subuh, dia akan segera bangun dan mengganti pakaian serta segera berwudhu, lalu segera mengerjakan solat subuh. Selain itu,di rumah kami tidak pernah kosong dari satu dua anak yatim yang sangat disayanginya, malah sayangnya melebihi dari anaknya sendiri.

Kelebihan membela anak-anak yatim banyak disabdakan oleh Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam.

“Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari ini (Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya.” (HR. Bukhari)

“Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…” (HR At-Tabhrani)


Dan ada kalanya, sebaik dia sedar dia seringkali menangis sambil berkata,
"Ya Allah ya Tuhanku, di Neraka Jahannam manakah yang akan Engkau isi dengan pemabuk hina macam aku ini..."

Zahid mengangguk dan rasanya sudah cukup jelas sebab Allah memberi pengampunan kepada si pemabuk itu.
Kemudian, zahid segera menjelaskan bahawa sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan maha penyayang. Oleh itu, janganlah ada antara kita yang memikirkan tentang dosa orang lain kerana yang selalu solat siang dan malam itu belum tentu syurga tempatnya dan yang jahat seperti pemabuk itu pula belum tentu akan masuk neraka jahanam.

Wallahu’alam

::some info are from SUMBER KEKUATAN JIWA dan muzir.wordpress.com

p/s: tak ada niat apa-apa pun buat entry pasal cerita ini, just nak share cerita yang penuh pengajaran ni dengan korang(kan tak baik kedekut ilmu dan pengetahuan).


Membaca menambahkan ilmu pengetahuan.
Enjoy reading!!^_^

Friday, April 23, 2010

Durian Oh Durian

Entry kali ni kira macam sambungan kepada entry hatiku terguris luka kini mencari..kini mencari penawar hati..dan dah jump2..mode::happy
~Tiba-tiba rasa nak cerita pasal memory masa short sem yang sangat dan super best lepas baca blog mami(Nadzirah).

~keluagra besar kami di Diva~~yang pegang acuan kuih tulah bibik(mangsa)~
(Credit to K.long for the Super Nice Photo..haha)

~shortsem family~~baby,aku, mami,k.ngah and deq chu~


Cerita yang terpilih ialah Tragedi Durian dan BiBik yang menyebabkan bibik(Kerry) merajuk dengan aku dan mami.(comel gila bibik..pandai merajuk).


Semua bermula apabila rumet ku Farah Husna bawa balik durian lepas 1 hari pergi merayau dengan bopren kesayangan dia(sape lagi kalau bukan En Panjang).

Kebetulan masa Fara balik tu, tinggal aku, mami and Ami jer, sebab yang lain semua dah keluar pergi makan(aku and mami malas nak keluar..guna sistem kirim-mengirim jer).So,kitorang pun makan dengan 'tak-ingat-dunia'nya semua durian-durian tu. Lepas makan durian-durian tu, tiba-tiba mami bagi suggestion untuk kenakan bibik(bibik tak suka durian,bukan takat tak suka makan jer..bau dan apa-apa yang berkaitan dengan durian pun dia tak suka termasuk pancake durian). Kitorang pun apa lagi,ambil semua biji and kulit durian tu, masukkan dalam plastik dan sangkut kat tingkap bilik bibik(kebetulan,meja study bibik kat tepi tingkap tu..lagilah menjadi plan..haha..jahat!)

Bila diorang semua balik jer dari makan,diorang semua lepak kat bilik aku(macam mami kata,bilik aku kan merangkap bilik tv) sebab malam tu ada cerita best(aku tak ingat cerita apa,tapi memang dinanti-nantikan). Aku,mami Fara and Ami memang berlakon macam tak ada apa-apa lah kan, so memang tak ada siapa yang syak apa yang kitorang dah buat.(tapi yang tak best nya bilik aku ada bau durian walaupun dah spray dengan perfume..rosak sikit proram jahat kami!)

Lepas habis jer cerita tu,masing-masing pun balik lah bilik masing-masing(sedar diri sebab ada kerja yang perlu dibuat..dah la extend sampai short sem,tak reti-reti nak siapkan PSM!!heesh).Lepas beberapa saat bibik keluar jer dari bilik aku,kami dengar satu jeritan kuat dari bibik(tu tandanya bibik dah masuk bilik dia dan nampak dan bau sekali durian tu..plan berjaya..haha). Kitorang yang tau pasal plan tu apa lagi, gelak guling-guling lah(sila jangan tiru perangai ini!sungguh Kejam~nyer..).

Lepas tu k.ngah(Nurul Izah) datang bilik aku tanya kitorang sama ada plan jahat yang berjaya tu kerja kitorang, kitorang memang mengaku jer tapi suruh k.ngah simpan rahsia(bersubahatlah kiranya..hehe), tapi memang kitorang lah suspect utama kan sebab tak ada siapa lagi yang ada untuk dituduh(dengan bau durian kat bilik lagi..spoil jer!)

Lepas k.ngah, Nanny(NurHidayah) pula datang bilik aku suruh kitorang ambil balik plastik tu and buang(menurut nanny,bibik memang super marah dan merajuk dengan kitorang..comey,comey..haha). aku and mami buat tak tau jerk(memang anak dan cucu derhaka..sorry nanny >_<) so,nanny la yang tolong buang kan plastik durian tu sebab kesian kat bibik.(kebetulan nanny memang rapat dengan bibik)

Sejak malam tu,aku dan mami tak bertegur sape dengan bibik selama beberapa hari(ego gila,tak mahu pujuk bibik..gila jahat aku ni..haha) sampai hari kitorang dapat tahu yang kitorang kena pindah dari K9.So,sebab nak settle kan problem bilik tu terpaksalah buang ego masing-masing(tapi tak minta maaf pun..ego tu ada lagi sikit-sikit..haha).

Lepas hari tu,kitorang sekeluarga live happily ever after. Siap duduk satu bilik lagi tau time kat KTR !(Aku,mami,bibik and unty ain).~eh,eh..tiba-tiba teringat..rasa macam belum bayar jer duit sewa bilik KTR kat bibik!Kepada Bibik,sila ingatkan ya kalau k.long belum bayar tapi lebih baik kalau halalkan jer..hehehehe

Tulah kisah aku,mami,bibik dan durian(tak pasal-pasal tak dapat rasa bibik masak sotong butter,sebab ego tak mahu pujuk bibik..aku and mami pergi makan KFC..siap hasut Ami sekali join kitorang..ego..ego..@_@)


Sekian dulu,nanti kalau teringat cerita lain.Aku story lagi.

p/s:Rindulah nak tengok HJ!hehehehe

Thursday, February 4, 2010

Kekosongan malam tanpa si 'dia'

wah wah wah,Fazirah..ayat macam orang baru kehilangan kekasih! Tapi, sebenarnya Fazirah Hanem tidak kehilangan mana-mana kekasih mahupun insan tersayang kerana dia masih single and available!(sempat lagi buat promotion untuk diri sendiri..heesh.. desperate!). Tajuk di atas hanyalah untuk meng'hot'kan lagi entry kali ni..hehe,jangan marah.
Tapi,tajuk tu ada jugalah kena mengena dengan entry kali ni sebab aku memang terasa kekosongan pun. Selalunya setiap malam dari jam 8.30-9.30, aku akan habiskan masa aku depan tv untuk tengok cerita Boys Ove Flower (cerita korea,yang dibintangi Kim Hyun Joong) tapi sekarang drama bersiri ni sudah tamat. So,aku memang tak tahu nak buat apa selain 'online' ataupun tidur (pengganti drama itu pula memang tidak berjaya menarik perhatian aku,maybe sebab tiada HJ kot ;p)

Boys Over Flower


Tamat cerita tentang kesunyian aku tanpa BOF dan HJ. Sekarang aku nak cerita pasal lunch aku dengan Nad di MidValley dua minggu lepas. Actually, kami memang merancang untuk keluar lunch bersama setiap hari jumaat dan tempat yang paling hampir dengan pejabat kami adalah MidValley. Minggu pertama dan kedua internship kami, kami tiada peluang nak jumpa disebabkan jarak pejabat yang jauh (masa tu Nad still intern di Felda, KL dan aku di Colgate, PJ). So,bila Nad berjaya mendapat tempat di TM (Bangsar), kami ambil lah peluang ni untuk jumpa (10 minit jer Colgate ke TM kalau tiada kesesakan lalu lintas). Minggu ketiga internship adalah minggu pertama kami lunch bersama di MidValley. Tapi kami sempat lunch untuk setengah jam jer sebab Nad sudah menggunakan setengah jam sebelum itu untuk cari parking dan aku pula merayau seorang diri dalam MidValley (weekdays pun ramai orang di MidValley, pelik betul!*thinking*)
Minggu kedua,kami tukar plan. Aku naik teksi ke TM untuk amik Nad sebelum ke MidValley(jimat masa,tidak perlu nak cari parking). Disebabkan rancangan yang berjaya, kami sempat window shopping lagi(tengok jer sebab tiada duit nak beli,elaun belum masuk..dah la banyak sale!tragis jer rasa bila tak ada duit time sale yang bangat *sad*).
Lepas window shopping,kami makan di Big Apple Donuts dan Sushi King(banyak gila makan,lepas tu complain gemuk..Heesh!)
Lepas makan kami pun balik pejabat masing-masing. Aku sampai pejabat pukul 3.00 petang..buat macam ofis sendiri jer..hehe(bos tak ada sebenarnya,sebab tula berani ^_^)


Nad dan Fazirah


Nad


Fazirah

Sunday, January 17, 2010

Opening of my 2010

its been two week now,since new year celebration on 1st january 2010.my 2010 is start with reunion with my utm friends(our shortsem big family) at Sunway Lagoon(best sangat dapat jumpa kamu walaupun cemot dan izah dan su tak join skali!). spent time for almost a day, dapat la lepaskan rindu towards member-member yang dah lama tak jumpa(tak la lama sangat pun, baru beberapa bulan sebenarnye..hehe). thanks to along(nanny@yaya@hidayah) sebab sudi jemput aku di LRT Setiawangsa as aku kan tiada transport *sad*.kat sunway,aku berjaya lah meng'escape'kan diri dari dipaksa main permainan yang pada aku menakutkan dan boleh buat aku muntah kan segala isi perut aku ni(rasa hebat bila berjaya memperdayakan mereka-mereka..buat-buat beratur,lepas tu escape..haha..penakut!@_@). after trying all those nightmare(mereka la yang try,aku tengok jer..hehe), we all pun start mandi-manda.until around 5p.m sebab hujan dan something came up yang sebabkan aku kena balik.sedih tau sebab kena balik awal, belum habis enjoy pun lagi dan belum puas mencuci mata melihat kembar HJ(mungkin satu-satunya kembar HJ di Malaysia)!!sob sob..

selain dapat jumpa member-member,satu lagi benda yang aku takkan lupa is aku jumpa someone yang muka dia mirip hyun joong (ji hoo dalam boys over flower)~ni lah HJ yang aku maksudkan di atas.actually,aku lagi minat pada lee min ho(yang jadi jun pyo tu) tapi sejak terjumpa mamat tu(kembar HJ di Malaysia tu),aku macam 'jatuh cinta' lak kat hyun joong.hehe.bila la agaknya nak dapat bf macam hj kan??very soon..yeah I know *confident*


Kim Hyun Joong


Lee Min Ho

about guy yang aku jumpa di sunway tu,rasanye dah takde chance nak jumpa lagi.nama pun aku tak tahu.melepas la nampaknya.sob sob


esoknya pula,aku pergi pudu raya untuk jumpa ain,kerry dan nad, sekaligus hantar diorang sebab diorang nak balik jb dan melaka.
ok ok,mesti you all rasa macam aku ni poyo kan??pergi pudu raya pun kepoh-kepoh.
actually.aku bukan nak cerita pasal aku pergi pudu raya tapi aku nak cerita pasal bas ain ke Johor Bharu(selepas ini akan di sebut JB) yang datang lambat satu setengah jam(satu setengah jam ok!bersamaan dengan 90 minit tau!rasa nak patah dah kaki ni..kalau ada kerusi kat bawah platform tu tak apa juga..geram dengan bas tu!huh).habis hitam muka aku yang putih-putih dodol ni( cik fiza whi,pinjam ayat ni yer..), menunggu bas di bawah platform!!aku yang teman ni pun rasa angin satu badan.rasa macam nak cekik jer orang yang jaga kaunter tiket syarikat tu(macam tak patut jer nak cekik dia,patut cekik bos dia or driver bas lah kan??mmmm).ain yang nak naik bas tu jangan cakap la,memang tak boleh senyum dah.huhu
memang teruk betul pengurusan syarikat bas tu.aku rasa,mesti ramai yang tak akan naik bas syarikat tu lagi. to ain,hope kau tak rasa fobia nak datang kl lagi.hehe

hari isnin lak,aku mula intern aku kat colgate-palmolive.rasa nervous sangat sebab hari pertama.tapi,bila dah kenal semua staf APSSO (ni department aku di colgate-palmolive), hilang nervous.diorang memang baik dan peramah.bos aku(mr ng) pun baik.rasa enjoy sangat kerja disini,yela walaupun aku belum ada kerja sangat.hehe
buat masa ni,aku just pergi kerja dan balik rumah.baru aku tahu betapa penatnya bekerja nie.cuti dua hari on weekend pun aku rasa tak cukup..ayah kata sebab aku dah biasa bangun lewat masa cuti..apalah ayah ni,pukul 12 p.m tu kira awal lah juga kan??..>_<.

p/s:hope sangat aku dapat jumpa kembar HJ di Malaysia.haha