~this blog is belongs to FazirahHanem~
RSS
Showing posts with label ~Surat BerColor Dari EH. Show all posts
Showing posts with label ~Surat BerColor Dari EH. Show all posts

Saturday, June 12, 2010

EH Mei dan edisi perkahwinan

sebab lama sangat tak update,aku terlepas nak update review majalah favourite aku untuk bulan Mei. So, here aku combine sekali review aku pasal EH! untuk bulan Mei dan Jun.

EH! Mei ada Dato Siti Nurhaliza sebagai cover.



Sempena hari ibu yang jatuh dalam bulan Mei, so kebanyakan berita dan cerita dalam EH! kali ni pasal ibu. Antaranya;

~Jurnal Fesyen~
Zahnita dan anak dia(cute sangat)

~Stail~
Anggun bakal ibu(tip-tip untuk bakal-bakal ibu bergaya)

~Citra Cantik~
Selamat bekerja ibu

~Rambut~
Rahsia rambut cantik mama glamor(tips menjaga rambut dari artis yang dah jadi mama)

~Ubah Gaya~
Ubah Gaya kali ni lain sikit sebab ada budak kecik sekali.bestnya kalau ada chance buat grooming macam ni!!hehe

selain pasal ibu-ibu, yang menarik dalam EH! nie mestilah pasal ilham berfesyen dan berita-berita fesyen.
~Ilham~
Fesyen in Beige Color
Ilham fesyen berwarna
Seksi sifon
mekar kelopak(bukan kelopak bunga tu ok, tapi fesyen baju yang ada ropol-ropol tu!)

for those yang minat nak baca EH! Mei ni bolehlah pinjam kat kawan-kawan korang sebab kat kedai tu mesti dah tak jual lagi.^_^


EH! Jun menarik sikit(menarik kepada orang yang dah berpunya dan ada plan nak kahwin lah..huhu)
Macam biasalah, bulan Jun EH! mesti keluarkan edisi perkahwinan untuk tolong korang-korang yang nak kahwin tu cari idea baju, pelamin or hantaran or macam-macam lagi.


Cover untuk edisi perkahwinan kali ni adalah Irma Hasmie(awek Nabil), so adalah sikit cerita pasal diorang. Untuk bakal-bakal pengantin pula, korang bolehlah baca tips yang ada untuk bakal wedding korang, antaranya;

~Fesyen~
Romantika Putih(idea baju putih dangan aksesori yang sesuai)
Semewah Perak
Emas Moden
Ratu Peterana(Idea rekaan pakaian pengatin dari pereka terkenal Malaysia)
Stail fesyen perkahwinan Timur dan Barat(artis Malaysia dan Hollywood)

~Citra Cantik~
Ratu(tips solekan untuk pengantin)

~Nota Cantik~
Alis Tiang Seri Pengantin(Alis=Kening)

~Kesihatan~
Diet Bakal Ratu sehari

Selain itu,ada juga cerita yang boleh kita jadikan tauladan dalam
~kisah benar~
Bakal suami 'Jual Diri'(kena selidik betul-betul baru decide nak kahwin)

~Etika~
Undangan terima atau tolak(ni bukan tips untuk bakal pengantin tapi untuk bakal jemputan)

~Wang Anda~
Tip jimat buat majlis kahwin

siapa yang nak kahwin tapi still tak ada idea bolehlah beli EH!(tak kan asyik nak pinjam jer kan??hehe) sebab ada bengkel perkahwinan EH!.kalau nak tahu macam mana nak join, kenalah beli.^_^
Lagi satu ada promosi rawatan wajah berharga RM4550(save duit, tak payah nak keluar duit sendiri untuk buat facial)

p/s:nak hantar form untuk menang perfume Gwen Stefani's Harajuku.Cute sangat botol dia!



Saturday, April 17, 2010

Hot in EH April

Lama gila tak update blog ni(dah bersawang-sawang dah,tinggal tak ada big spider jer lagi!)~tiba-tiba teringat kisah big spider yang masuk bilik aku yang membuat aku dan roommate(time ni aku roomate dengan Fira) terjerit-jerit dan takut nak tidur sebab takut kena gigit!~besar gila spider tu,seyes takut!huhu
Ok,back to the topic pasal kenapa dah lama tak update, bukan busy or tak ada masa but mood aku yang tak berapa nak ok menyebabkan aku malas nak buat apa-apa termasuk meng'update' blog ni dan kemas bilik(memang bilik aku macam sarang tikus 2-3 minggu ni..mm,aku rasa sarang tikus cantik sikit kot..haha).

But, on Monday last week aku terima berita yang paling aku tunggu-tunggu selama ni, at last aku berjaya juga dapat kerja! yeay,i got the job!(jerit sambil lompat-lompat).Walaupun gaji dia tak lah besar (besar tu macam 2-3 juta) mana but aku tak kisah sebab pengalaman dan ilmu yang akan aku terima tu lebih berharga.
So, sekarang aku memang sangat 'in mood' untuk kemas dah bersihkan sawang yang ada dalam blog dan bilik aku(so,bilik aku sekarang lebih cantik dari sarang tikus..hari tu berlagak sangat,kan sekarang dah kalah..padan muka cik T!!haha).

For start untuk bulan ni,aku update pasal kandungan majalah EH April.



Eh! kali ni lebih kepada topik yang berkaitan denim(lebih dikenali sebagai jeans,kalau jeans pun tak tahu juga baik pergi duduk dalam hutan!). Antara yang menarik;

~Fesyen~
Top List Trend Denim
Denim Haus dan Carik
Magis Denim
Gaya Jalanan

~Kecantikan~
Celak Mata
Pemulas Kuku
Kulit Cerah Cantik

~Rambut~
Diari Seminggu Rambut

~Wang dan Anda~
10 soalan sebelum beli(sesuai sebagai guideline kepada orang yang suka beli dulu baru fikir..hehe)

~Kisah Benar~
Suamiku ketagih pondan(minta dijauhkan..ish..ish..ish)

~Lelaki Bulan Ini~
Nazim Othman(pelakon Awan Dania)

(pic from mama.brunei.fm)

~Inilah Lelaki~
10 cacat cela sikap lelaki selalu abaikan (lelaki wajib baca ni!!)

~Promosi~
JLO Live
Chloe
Jean Paul Gaultier
Safi Balqis
ROC
Denim Istimewa

So,kepada korang-korang yang minat dengan isi kandungan Eh ni or suka kat hadiah promosi tu,bolehlah dapat kan segera ya.lambat nanti,habis!!(aku tak mahu bagi pinjam!!)^_^


Thursday, March 11, 2010

EH in March with new look

Rasanya dah dekat 2 minggu aku beli EH Mac ni,tapi kemalasan ditambah dengan perkara-perkara yang buat aku rasa tertekan menyebabkan aku mengambil masa yang agak lama untuk meng'update' blog aku ni.~sigh

Lately ni aku memang pressure sikit sebab masalah kat office (wont story here), so aku lebih prefer keluar jalan-jalan(seorang diri) in weekend untuk release tension aku ni, than duit aku pun melayang-layang la juga sebab sekarang pun memang banyak sale..haha

Ok,back to our topic. What's hot is Eh this month??

(Picture from http://www.cutecarry.com )


Cover Girl Story: Scha Al-Yahya

Fesyen berjalur, color pop dan simpulan 'Alice'(kalau tak tau simpulan 'Alice' tu apa,kena lah beli EH!)

Tip warna dan trend solekan musim bunga/panas 2010

Rambut Ilham 4 selebriti antarabangsa (boleh cari idea untuk new hair cut)

Lelaki Bulan Ini: Ashraf Muslim

5 Kualiti Wanita Buruan Lelaki

Kisah benar: Dirompak kekasih Siber (sebagai teladan kepada kita semua, jangan cepat percaya orang terutama dari alam siber)

Review Majlis Perkahwinan Serina(anak Chef Wan)

Hadiah untuk dimenangi bulan ni: Perfume (tak ingat la jenama apa, sebab aku kat office and EH kat rumah..^_^)

Sunday, February 7, 2010

EH! Febuari

EH! Febuari mengandungi pelbagai idea, cerita dan berita menarik terutamanya buat anda yang bakal menyambut Chinese New Year(CNY) dan Hari Kekasih.

Cover EH! Febuari

Antara yang menarik dalam EH! keluaran Febuari ini ialah;
Cover Girl- Nora Danish masih ingin bercinta
Trend- Tip pakai MERAH
101 Ilham- Tutup Lengan(Pelbagai dres berlengan panjang dari pelbagai jenama)
Jurnal Fesyen- LBD(Little Black Dress) menterai kasih
Kata Pereka- Fesyen Islam sempena MIFW(Malaysia International Fashion Week)
Stail- Mainan Rona Pastel (color lembut macam baby pink, biru cair atau ungu lembut)
Berita Cantik- Pelbagai jenis wangian terbaru dipasaran(sesuai sebagai hadiah buat si dia)
Nota Cantik- Keserasian Sepasang Haruman (tip membeli wangian untuk diri dan kekasih)
Rambut- Tip penjagaan rambut
Seks dan Kesihatan- 10 tanda sakit jangan abai
Santai Kota- IBUNDA(restoran), Hidangan Sarat Tradisi
Inilah Lelaki- 10 Perkara Lelaki ingin Tahu Tentang Wanita(baru tahu apa yang lelaki nak tahu pasal girl..hehe)
Lelaki Bulan Ini- AminHayat(attention to all my UTM friends, he has degree in Software Eng. from UTM, so he is our senior! ^_^)

Seperti biasa, terdapat juga pelbagai hadiah untuk dimenangi(just fill in the form and sent to Blu Inc). Keluaran kali ini juga disertakan dengan booklet iaitu 'it's mifa' dan voucher Loreal sebanyak RM50. So,makesure EH! yang anda beli disertakan kedua-duanya(terutamanya voucher tu,boleh dapat diskaun untuk color rambut dimana-mana salun Loreal terpilih).


P/S:tengah fikir color baru untuk rambut(baru dapat voucher Loreal kan,rugi tak guna!) ^_-

Monday, January 25, 2010

something to share..

Rasanya semua teman(wah,skemanya aku malam ni!!) yang rapat dengan aku mesti tahu satu benda ni.
bukan kisah cinta aku or siapa lelaki idaman aku ok! Tapi tentang betapa setianya aku kepada EH!, since secondary school lagi! Kalau boleh setia dalam cinta macam ni kan bagus!(nasihat ini ditujukan khas kepada cik Fazirah)

dan dengan tidak rasminya aku ni selalu lah jadi peminjam setia EH! utk semua kawan-kawan aku (kawan sekolah,kawan matrik,kawan UTM dan kawan yang bergelar kawan)

So, sekarang aku nak meng'introduce'kan Miss EH! ni kepada anda yang tak pernah baca or memang tidak tahu langsung pasal penasihat tidak rasmi aku ni.. for those yang tak tau EH! tu apa,let me tell you now, EH! nie ialah sekaki majalah..ops,bukan sekaki tetapi sebuah majalah!(bm aku memang teruk sikit,sebab selalu cakap korea..fasih berbahasa korea adalah angan-angan saya!!)
ok,stop talking nonsense dan berbalik kepada EH!
this magazine is not just for entertaiment,but this magazine is full with information which is very useful to us,not only for a lady but guys too.

dan kepada yang memang minat baca EH! macam aku,here I share some content of the magazine for this month..tidak boleh nak letak semua isi kandungannya, takut nanti aku kena saman pula!sape nak jawab?



Cover EH! Januari 2010

Antara yang menarik dalam isu kali ini;

  • Cerita cover girl-Stacy (
    so,siapa yang minat Stacy,cepat dapatkan EH!)
  • Jurnal Fesyen-untuk gaya kerja terkini(memang sesuai utk aku,walaupun belum ada kerja tetap..heesh!!)
  • Pentas Peragaan- Imbasan M-IFW yang berlangsung hujung tahun lepas (2009)
  • Preview 10 rona 2010(color untuk baju ok,bukan muka..)
  • Stail- 20 Item mesti ada(wajib kena ada!!hehe..)
  • Rambut-10 stail rambut 2010
  • Wang & Anda- Pulihkan kewangan peribadi (ini pun sesuai utk aku yang boros tahap dewa!)
  • Inilah Lelaki-Fakta Pelik dan Aneh tentang Lelaki
  • Lelaki Bulan Ini-Shahz Jaszle(yang pegang watak Ash dalam Tari Tirana ..)


Shah Jaszle (Picture from budiey.com)

..dan ada juga info tentang kumpulan Hujan,Leighton Meester (Blair X.O.X.O..Gossip Girl), gadget terbaru dipasaran,album terbaru,Singapura dan majlis yang telah berlangsung pada penghujung tahun 2009.Terdapat juga pelbagai hadiah utk dimenangi!So,korang yang minat or baru jatuh cinta dgn EH!,pergilah beli cepat ok..nanti habis!! >_^