~this blog is belongs to FazirahHanem~
RSS

Friday, July 26, 2013

~Agar-agar Santan Gula Melaka

Agar-agar ni aku buat untuk Nek Busuk yang datang berbuka kat rumah aku last week. Dah alang-alang buat tu, aku buat lebih sikit untuk hubby dan ayah aku and untuk bagi kat mertua aku.

Resepi Agar-agar

Bahan-bahan;
Agar-agar bertali- 1 peket
Santan- 2 cawan
Air- 5 cawan
Daun Pandan
Telur- 1 Biji (Dicuci)
Gula Pasir- 1 Cawan
Gula Melaka- 1/2 Cawan
Garam

Cara-cara;
1. Masak agar-agar, gula, gula melaka dan daun pandan dengan air hingga agar-agar dan gula larut.
2. Masukkan santan dan telur ke dalam mangkuk dan kacau.
3. Selepas agar-agar dan gula larut dalam air, masukkan campuran santan dan telur.
4. Kacau dan masak hingga mendidih.
5. Tuang kedalam loyang/ acuan.
6. Sejukkan

*Nie hasilnya. Tengah tunggu agar-agar sejuk. Pic yang dah potong terlupa snap(macam biasa, asyik lupa jer..)




~Nasi Lemak Dengan Sambal Ikan Bilis dan Ayam Goreng

Korang pernah tak dengar makcik-makcik or mak korang sendiri ke cakap diorang tak tau nak masak apa untuk hari tu. Sampai rasa macam problem 'nak masak apa' tu nampak macam masalah negara dah..hee..

Since aku dah jadi suri rumah sementara ni, baru aku faham perasaan makcik-makcik tu, yerla bila korang dah tiap-tiap hari masak so menu yang korang tahu pun dah abis(aku kan stil belajar lagi so tak banyak la menu yang aku tahu :p).

So, untuk isnin lepas, selepas dah pening-pening fikir aku pun decide nak buat  lemak. Menu paling simple. Tak payah nak ada lauk meriah-meriah. Aku masak nasi lemak, buat sambal ikan bilis, goreng ayam dan rebus telur..settle.

Jom aku nak share resepi nasi lemak, sambal ikan bilis dan ayam goreng aku yang tak seberapa ni..telur rebus tak perlu resepi la kot..tak kan tak tau kot rebus telur..hee



Resepi Nasi Lemak

Bahan-bahan;
Beras
Santan
Air
Halia (dihiris)
Serai (diketuk)
Daun Pandan
Garam

Cara-cara;
1. Basuh beras
2. Masukkan santan, air, halia, serai, daun pandan dan garam kedalam beras yang dah dicuci.
3. Masak nasi ^_^



Resepi Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan;
Ikan Bilis (dicuci dan dibersihkan)
Halia (dikisar)
Bawang Besar (dikisar)
Bawang putih (dikisar)
Cili Kering (dikisar)
Gula Melaka
Garam
Air Asam Jawa

Cara-cara;
1. Tumis bahan kisar hingga masak dan naik bau.
2. Masukkan air dan ikan bilis
3. Kacau dan tunggu sehingga agak kering
4. Masukkan gula, garam dan air asam jawa dan kacau hingga masak.



Resepi Ayam Goreng

Bahan-bahan;
Ayam (aku guna wings)
Halia (dikisar)
Bawang Besar (dikisar)
Bawang Putih (dikisar)
Serbuk Kunyit
Serbuk Kari
Garam

Cara-cara;
1. Perap ayam dengan bahan kisar, garam, serbuk kunyit dan serbuk kari selama 1 jam atau lebih.
2. Goreng ayam yang telah diperap hingga garing dan bertukar ke warna coklat.
3. Bolehlah dihidang dan makan ^_^



*Resepi ayam goreng ni aku try and error jer. Nasib baik jadi. Mula-mula aku nak buat ayam berempah tapi asyik jumpa resepi yang guna banyak bahan so aku buat resepi ayam goreng aku sendiri :p.


~Butter mini cupcakes

As mentioned dalam previous entry, aku dah ada hobi baru iaitu mem'baking' dan meng'cooking'. So semalam aku pun dengan senang hati buat kan suami aku kek butter. Aku bakar dalam mini paper cup supaya senang nak makan..tak payah nak potong-potong. Actually, aku ambil resepi ni dari satu blog ni dan aku ubah sikit ikut citarasa aku tapi aku dah tak ingat nama blog tu. Pada owner blog..terima kasih daun keladi untuk resepi kek yang marvellous ^_^.

Jom layan resepi kat bawah nie. 

Bahan-bahan;
Butter/ Marjerin 240g (aku guna marjerin)
2 1/2 cawan tepung kek/ tepung naik sendiri
1 cawan gula custor
3 biji telur (dicuci dan dilap)
1 ts esen vanilla

*resepi asal ada letak 3/4 cawan susu tapi aku letak 1 sudu jer.

Cara- cara;
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla, pukul hingga sebati
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau. (lebih elok kacau tepung dengan spatula untuk elak terlebih kacau)
4. Masukkan susu
5. Masukkan adunan kek kedalam loyang/ paper cup.
6. Bakar kek dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 180.

*kalau bakar kek dlm loyang, bakar selama 50 min, cupcake: 20min, dan mini cup cake: 10 min (bergantung pada oven masing-masing..maknanya kena la rajin jenguk kat dalam oven tu especially untuk first timer macam aku ;))

Nie hasilnya, aku letak nutella kat as topping sebab hubby aku suka makan nutella.



Thursday, July 18, 2013

~comeback dan kembali menganggur

Lama gila aku tak buat entry baru untuk blog aku ni. Aku ada juga plan nak tutup jer blog aku ni since dah dekat tiga tahun aku tak jenguk. Habis bersawang dah blog ni.

Tapi since aku dah kembali memegang title 'penanam anggur' berjaya, after dua tahun lebih bekerja dengan Accenture Solution aku tulis la balik (tiap kali menganggur jer baru nak tulis balik!!). Ingat nak buat entry pasal masak memasak pula (aku dah pandai masak tau!!)..hehe..So mesti ada antara korang yang terkejut dengan status baru aku. Aku sekarang bukan jer seorang penganggur tau, tapi aku juga seorang isteri dan ibu!!

Ok la..cerita dia macam ni..aku start kerja dengan Accenture pada September 2010 untuk Projek Averis sampai la aku berhenti minggu lepas (9 julai 2013). Aku berhenti sebab nak jaga anak aku sebab dia menangis tak biasa duduk kat taska, tapi lepas aku tender jer dia terus ok pula..saje jer kan nak aku resign (notty tau debab mama ni!!)..hehe..

Aku kenal husband aku pula dua bulan after aku join Accenture. Kami kerja satu office, kira macam office scandal la..haha.

Setahun lepas kenal, kami bertunang dan beberapa bulan lepas tu kami pun kahwin. Mesti korang kata cepat kan?? Tu la namanya jodoh, tak terfikir pun akan jumpa someone kat tempat kerja baru then kahwin. ^_^.(so pada korang-korang yang belum ada bf or belum kahwin, tak yah risau-risau..ada jodoh nanti kahwin la korang..)

Kitorang kahwin pada 25 Mei 2012 and 26 Mac 2013 hari tu kitorang dah pun bergelar parents kepada seorang bayi perempuan comel bernama Sarah Qasdina. So far aku tak ada alami apa-apa alahan teruk masa pregnant, pening sikit-sikit jer. Tapi aku ada sindrom suka ponteng kerja.. hehe.

Aku rasa ni jer la dulu yang aku nak share. Nanti aku share pengalaman dibedah untuk lahirkan Sarah pula dalam next entry. Malas pula nak type banyak-banyak :p.

For now korang enjoy la wedding pic(walaupun dah lapuk kan :p) and Sarah's pic. ^_^












p/s: mesti korang perasan kan aku ada pakai braces?? iyer aku pernah pakai braces few month before bertunang, tapi dah buka dah few weeks sebelum deliver Sarah ^_^


Saturday, June 12, 2010

EH Mei dan edisi perkahwinan

sebab lama sangat tak update,aku terlepas nak update review majalah favourite aku untuk bulan Mei. So, here aku combine sekali review aku pasal EH! untuk bulan Mei dan Jun.

EH! Mei ada Dato Siti Nurhaliza sebagai cover.



Sempena hari ibu yang jatuh dalam bulan Mei, so kebanyakan berita dan cerita dalam EH! kali ni pasal ibu. Antaranya;

~Jurnal Fesyen~
Zahnita dan anak dia(cute sangat)

~Stail~
Anggun bakal ibu(tip-tip untuk bakal-bakal ibu bergaya)

~Citra Cantik~
Selamat bekerja ibu

~Rambut~
Rahsia rambut cantik mama glamor(tips menjaga rambut dari artis yang dah jadi mama)

~Ubah Gaya~
Ubah Gaya kali ni lain sikit sebab ada budak kecik sekali.bestnya kalau ada chance buat grooming macam ni!!hehe

selain pasal ibu-ibu, yang menarik dalam EH! nie mestilah pasal ilham berfesyen dan berita-berita fesyen.
~Ilham~
Fesyen in Beige Color
Ilham fesyen berwarna
Seksi sifon
mekar kelopak(bukan kelopak bunga tu ok, tapi fesyen baju yang ada ropol-ropol tu!)

for those yang minat nak baca EH! Mei ni bolehlah pinjam kat kawan-kawan korang sebab kat kedai tu mesti dah tak jual lagi.^_^


EH! Jun menarik sikit(menarik kepada orang yang dah berpunya dan ada plan nak kahwin lah..huhu)
Macam biasalah, bulan Jun EH! mesti keluarkan edisi perkahwinan untuk tolong korang-korang yang nak kahwin tu cari idea baju, pelamin or hantaran or macam-macam lagi.


Cover untuk edisi perkahwinan kali ni adalah Irma Hasmie(awek Nabil), so adalah sikit cerita pasal diorang. Untuk bakal-bakal pengantin pula, korang bolehlah baca tips yang ada untuk bakal wedding korang, antaranya;

~Fesyen~
Romantika Putih(idea baju putih dangan aksesori yang sesuai)
Semewah Perak
Emas Moden
Ratu Peterana(Idea rekaan pakaian pengatin dari pereka terkenal Malaysia)
Stail fesyen perkahwinan Timur dan Barat(artis Malaysia dan Hollywood)

~Citra Cantik~
Ratu(tips solekan untuk pengantin)

~Nota Cantik~
Alis Tiang Seri Pengantin(Alis=Kening)

~Kesihatan~
Diet Bakal Ratu sehari

Selain itu,ada juga cerita yang boleh kita jadikan tauladan dalam
~kisah benar~
Bakal suami 'Jual Diri'(kena selidik betul-betul baru decide nak kahwin)

~Etika~
Undangan terima atau tolak(ni bukan tips untuk bakal pengantin tapi untuk bakal jemputan)

~Wang Anda~
Tip jimat buat majlis kahwin

siapa yang nak kahwin tapi still tak ada idea bolehlah beli EH!(tak kan asyik nak pinjam jer kan??hehe) sebab ada bengkel perkahwinan EH!.kalau nak tahu macam mana nak join, kenalah beli.^_^
Lagi satu ada promosi rawatan wajah berharga RM4550(save duit, tak payah nak keluar duit sendiri untuk buat facial)

p/s:nak hantar form untuk menang perfume Gwen Stefani's Harajuku.Cute sangat botol dia!



Friday, June 11, 2010

~my comeback ^_^

dah lebih sebulan rasanya aku tak buka ruangan blog ni. bukan malas or tak ada cerita yang nak di share tapi banyak benda yang jadi  yang buat aku tak sempat nak update blog aku ni.
2 hari sebelum aku start kerja kat tempat baru, nenek tiba-tiba sakit. memang kitorang 1 family cuak time tu, takut-takut kalau nenek ditakdirkan 'pergi' hari tu. sebab nenek sakit tiba-tiba, ramai lagi uncles and aunties aku yang belum datang jumpa nenek. tapi alhamdulillah,tak lama lepas cousins and aunties aku datang bersama dengan anak-anak saudara aku, nenek beransur sihat. tak adalah sihat terus macam biasa tapi dah tak teruk macam masa mula-mula dia sakit. maybe nenek rindu kat anak, cucu dan cicit dia kot. sebab tu sampai sakit. sekarang, nenek aku tinggal dengan Aunty Milah, kakak kepada ayah yang juga satu-satunya anak perempuan nenek. so, sekarang aku ada routine baru lah,jenguk nenek setiap hari kat rumah aunty aku. aku kan dibesarkan nenek, so kira macam tanggungjawablah juga untuk jenguk dia setiap hari kecuali kalau aku ada hal. tu la antara benda yang jadi kepada aku dan keluarga yang mengubah sikit cara kehidupan kami. memanglah aku kata banyak benda yang jadi, tapi yang aku nak share, pasal nenek aku jer. yang lain, biarlah aku dan meeka yang memang dah sedia tahu jer yang tahu.^_^

p/s: btw, aku dah buka 'ladang anggur' aku balik! ;p

Tuesday, April 27, 2010

Murid Dapat Dadah Dari Cikgu

  Mesti korang terkejut baca tajuk entry aku kali ni kan?kan? Cuba baca petikan artikel yang aku ambil dari Berita Harian ni, mesti lagi terkejut dibuatnya. Cikgu yang bertanggungjawab membimbing, mendidik dan melindungi students pula yang jadi perosak anak bangsa. Teruk kan?*sigh


12 penuntut sekolah menengah digantung 2 minggu air kencing positif dadah

KUCHING: Polis percaya 12 pelajar sebuah sekolah menengah di Pusa, Betong yang digantung sekolah sejak minggu lalu, kerana mengambil dadah mempunyai kaitan dengan guru sekolah itu yang ditahan kerana disyaki mengedar dadah, petang kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai, berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat dan menyiasat sama ada pelajar terbabit hanya penagih dadah atau turut menjadi orang tengah kepada guru itu.
“Setakat ini hanya lima pelajar disoal siasat berhubung kes itu dan dengan maklumat yang diperoleh daripada mereka, kita dapati mereka mendapat bekalan dari guru berkenaan.

Apalah nak jadi zaman sekarang ni kan, sekolah pun dah tak selamat lagi.(no wonder lah ramai student suka ponteng sekolah zaman sekarang..ops!)