~this blog is belongs to FazirahHanem~
RSS

Tuesday, April 27, 2010

Kisah seorang pemabuk

Masa tengah lepak-lepak dengan ayah(ayah aku pun kaki lepak woo..haha) dekat depan tv, tiba-tiba ayah bukak cerita pasal seorang pemabuk yang diampuni dosanya oleh Allah S.W.T.
Cerita ni memang ada pengajarannya,so aku rasa better aku share dengan korang sebagai pedoman dan pengajaran.

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki di Bashrah yang kerja dia hanya minum khamr(arak)
setiap masa. Suatu hari, ditakdirkan Allah S.W.T, pemabuk ni meninggal dunia. Tetapi tak ada seorang pun orang kampung dia yang nak tolong sembahyangkan dan kebumikan jenazah Si Pemabuk.

Siti Aisah r.a. berkata , rasulullah telah bersabda,
‘Orang yang minum arak, maka janganlah kamu kahwini. Kalau sakit janganlah kamu ziarahi dan bila mati janganlah engkau solati. Demi Allah yang mengutus aku sebagai nabi dengan membawa agama yang benar, tidak akan mahu minum arak kecuali orang-orang yang terkutuk, baik diterangkan di dalam kitab Taurat, Injil, zabur dan Furqan.

Barang siapa yang memberi makan kepadanya miskipun sesuap sahaja, maka allah S.W.T. akan membelitkan ular dan kala jenking pada badannya. Barang siapa yang melaksanakan keperluannya, maka bererti dia menghancurkan agama Islam. Barang siapa meminjamkan wang ringgit kepadanya bererti dia membantu membunuh seorang mukmin. Dan barangsiapa mempergauli dia, maka akan dihalau oleh Allah dalam keadaan buta tanpa ada hujjah baginya.”


Isteri Si Pemabuk yang sedih tu pun mengupah dua orang tukang pikul untuk membawa jenazah suaminya ke dalam hutan untuk ditanam sebab memang tak ada seorang pun dalam kampung tu yang nak tolong sempurnakan jenazah Si Pemabuk tu.

Sampai jer dalam hutan, isteri Si Pemabuk ni bertemu dengan seorang zahid yang memang terkenal dan dihormati yang turun dari pertapaannya untuk menguruskan jenazah Si Pemabuk tersebut.

Berita zahid menyempurnakan jenazah Si Pemabuk tu pun sampai ke pengetahuan orang kampung dan mereka bertanya kepada zahid tu, "Mengapa engkau menyempatkan diri turun dari pertapaanmu untuk menyempurnakan jenaza ini?"

Zahid tu pun menjawab, "Sesungguhnya aku diperintahkan turun kerana ada jenazah orang yang telah diampuni dosanya oleh Allah, sedang di situ tidak ada orang kecuali isterinya".

Orang-orang kampung pun menjadi hairan dengan penerangan zahid kerana mereka tahu sifat Si Pemabuk itu( dan kita pun tahu bahawa
minum arak akan menyebabkan pintu langit ditutup baginya, kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari..Wallahu’alam)

Zahid yang tidak megetahui sifat dan amalan Si Pemabuk pun bertanya kepada isteri Si Pemabuk,
"Apa amalan yang dikerjakannya semasa ia hidup?"

Lalu, si isteri pun menjawab, "Sebagaimana yang diketahui bahawa suami saya memang selalu berada di kedai dekat rumah saya dan kerjanya hanya sibuk minum khamr dan mabuk sepanjang"

"Apakah ada amalnya yang baik?" tanya zahid lagi.

Jawab si isteri pemabuk itu, "Tidak ada, cuma bila suami saya sedar di waktu subuh, dia akan segera bangun dan mengganti pakaian serta segera berwudhu, lalu segera mengerjakan solat subuh. Selain itu,di rumah kami tidak pernah kosong dari satu dua anak yatim yang sangat disayanginya, malah sayangnya melebihi dari anaknya sendiri.

Kelebihan membela anak-anak yatim banyak disabdakan oleh Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam.

“Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari ini (Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya.” (HR. Bukhari)

“Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…” (HR At-Tabhrani)


Dan ada kalanya, sebaik dia sedar dia seringkali menangis sambil berkata,
"Ya Allah ya Tuhanku, di Neraka Jahannam manakah yang akan Engkau isi dengan pemabuk hina macam aku ini..."

Zahid mengangguk dan rasanya sudah cukup jelas sebab Allah memberi pengampunan kepada si pemabuk itu.
Kemudian, zahid segera menjelaskan bahawa sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan maha penyayang. Oleh itu, janganlah ada antara kita yang memikirkan tentang dosa orang lain kerana yang selalu solat siang dan malam itu belum tentu syurga tempatnya dan yang jahat seperti pemabuk itu pula belum tentu akan masuk neraka jahanam.

Wallahu’alam

::some info are from SUMBER KEKUATAN JIWA dan muzir.wordpress.com

p/s: tak ada niat apa-apa pun buat entry pasal cerita ini, just nak share cerita yang penuh pengajaran ni dengan korang(kan tak baik kedekut ilmu dan pengetahuan).


Membaca menambahkan ilmu pengetahuan.
Enjoy reading!!^_^

No comments: