~this blog is belongs to FazirahHanem~
RSS

Friday, April 23, 2010

Durian Oh Durian

Entry kali ni kira macam sambungan kepada entry hatiku terguris luka kini mencari..kini mencari penawar hati..dan dah jump2..mode::happy
~Tiba-tiba rasa nak cerita pasal memory masa short sem yang sangat dan super best lepas baca blog mami(Nadzirah).

~keluagra besar kami di Diva~~yang pegang acuan kuih tulah bibik(mangsa)~
(Credit to K.long for the Super Nice Photo..haha)

~shortsem family~~baby,aku, mami,k.ngah and deq chu~


Cerita yang terpilih ialah Tragedi Durian dan BiBik yang menyebabkan bibik(Kerry) merajuk dengan aku dan mami.(comel gila bibik..pandai merajuk).


Semua bermula apabila rumet ku Farah Husna bawa balik durian lepas 1 hari pergi merayau dengan bopren kesayangan dia(sape lagi kalau bukan En Panjang).

Kebetulan masa Fara balik tu, tinggal aku, mami and Ami jer, sebab yang lain semua dah keluar pergi makan(aku and mami malas nak keluar..guna sistem kirim-mengirim jer).So,kitorang pun makan dengan 'tak-ingat-dunia'nya semua durian-durian tu. Lepas makan durian-durian tu, tiba-tiba mami bagi suggestion untuk kenakan bibik(bibik tak suka durian,bukan takat tak suka makan jer..bau dan apa-apa yang berkaitan dengan durian pun dia tak suka termasuk pancake durian). Kitorang pun apa lagi,ambil semua biji and kulit durian tu, masukkan dalam plastik dan sangkut kat tingkap bilik bibik(kebetulan,meja study bibik kat tepi tingkap tu..lagilah menjadi plan..haha..jahat!)

Bila diorang semua balik jer dari makan,diorang semua lepak kat bilik aku(macam mami kata,bilik aku kan merangkap bilik tv) sebab malam tu ada cerita best(aku tak ingat cerita apa,tapi memang dinanti-nantikan). Aku,mami Fara and Ami memang berlakon macam tak ada apa-apa lah kan, so memang tak ada siapa yang syak apa yang kitorang dah buat.(tapi yang tak best nya bilik aku ada bau durian walaupun dah spray dengan perfume..rosak sikit proram jahat kami!)

Lepas habis jer cerita tu,masing-masing pun balik lah bilik masing-masing(sedar diri sebab ada kerja yang perlu dibuat..dah la extend sampai short sem,tak reti-reti nak siapkan PSM!!heesh).Lepas beberapa saat bibik keluar jer dari bilik aku,kami dengar satu jeritan kuat dari bibik(tu tandanya bibik dah masuk bilik dia dan nampak dan bau sekali durian tu..plan berjaya..haha). Kitorang yang tau pasal plan tu apa lagi, gelak guling-guling lah(sila jangan tiru perangai ini!sungguh Kejam~nyer..).

Lepas tu k.ngah(Nurul Izah) datang bilik aku tanya kitorang sama ada plan jahat yang berjaya tu kerja kitorang, kitorang memang mengaku jer tapi suruh k.ngah simpan rahsia(bersubahatlah kiranya..hehe), tapi memang kitorang lah suspect utama kan sebab tak ada siapa lagi yang ada untuk dituduh(dengan bau durian kat bilik lagi..spoil jer!)

Lepas k.ngah, Nanny(NurHidayah) pula datang bilik aku suruh kitorang ambil balik plastik tu and buang(menurut nanny,bibik memang super marah dan merajuk dengan kitorang..comey,comey..haha). aku and mami buat tak tau jerk(memang anak dan cucu derhaka..sorry nanny >_<) so,nanny la yang tolong buang kan plastik durian tu sebab kesian kat bibik.(kebetulan nanny memang rapat dengan bibik)

Sejak malam tu,aku dan mami tak bertegur sape dengan bibik selama beberapa hari(ego gila,tak mahu pujuk bibik..gila jahat aku ni..haha) sampai hari kitorang dapat tahu yang kitorang kena pindah dari K9.So,sebab nak settle kan problem bilik tu terpaksalah buang ego masing-masing(tapi tak minta maaf pun..ego tu ada lagi sikit-sikit..haha).

Lepas hari tu,kitorang sekeluarga live happily ever after. Siap duduk satu bilik lagi tau time kat KTR !(Aku,mami,bibik and unty ain).~eh,eh..tiba-tiba teringat..rasa macam belum bayar jer duit sewa bilik KTR kat bibik!Kepada Bibik,sila ingatkan ya kalau k.long belum bayar tapi lebih baik kalau halalkan jer..hehehehe

Tulah kisah aku,mami,bibik dan durian(tak pasal-pasal tak dapat rasa bibik masak sotong butter,sebab ego tak mahu pujuk bibik..aku and mami pergi makan KFC..siap hasut Ami sekali join kitorang..ego..ego..@_@)


Sekian dulu,nanti kalau teringat cerita lain.Aku story lagi.

p/s:Rindulah nak tengok HJ!hehehehe

2 comments:

niza said...

hahaha ghupenye2 teringin gak ek ko nk mkn sotong butter bibik tuh kekeke

FazirahHanem said...

opkos la,kan dh plan dr awal nk wat sotong butter..tb2 majuk lak bibik angkara durian sejibik..hahahaha