~this blog is belongs to FazirahHanem~
RSS

Friday, April 23, 2010

Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Kali ni aku nak share pasal PTPTN. Tapi pasal cara-cara nak bayar and tangguh bayar
(kepada mereka-mereka yang belum mampu untuk bayar balik).


Disebabkan aku dah pun berjaya tamatkan pengajian aku di Universiti yang paling best di alam semesta iaitu UTM(rindu UTM dan orang-orangnya), so PTPTN pun mulakan operasi menuntut hutang dari aku dengan mengirim berpucuk-pucuk surat ke rumah aku.

Untuk mengelakkan aku dapat surat warning dan seterusnya kena blacklist(macam ada artis tu, tak dapat keluar negara sebab tak bayar PTPTN), so aku pun mula mengambil tindakan yang sepatutnya. Oleh sebab aku masih belum bekerja, maka aku di bolehkan membuat permohonan penangguhan PTPTN(sebenarnya tak boleh sebab aku ada intership yang ada elaun @_@).
At last, aku tak buat pun penangguhan tu sebab aku rasa bayar lagi senang dari buat penangguhan. Lagipun, secara kebetulan aku dah dapat kerja so ayah kata tak payah lah tangguh(mmm,malas nak pergi KWSP lah tu untuk sahkan surat!! I know U dad!! ^_^)

Membuat permohonan penangguhan bayaran balik
Sebelum kita teruskan dengan prosedur permohonan penangguhan bayaran balik, korang kena tahu dulu either korang layak or tidak untuk buat permohonan tu(nanti penat jer apply but not approved because tak layak).

Layak
  • mestilah telah menamatkan pengajia tapi masih belum bekerja(confirm tiada pendapatan!)
  • telah tamat pengajian tapi menyambung pengajian diperingkat lebih tinggi.(kalau grad dip,sembung degree..kalau grad degree, sambung master..macam tulah).

Tak Layak
  • join program tajaan kerajaan dan mempunyai elaun seperti MDec, INSEP or GEMS, etc
  • sedang menjalani latihan praktikal @ internship yang mendapat bayaran elaun, seperti KPLI, chambering atau intern di Colgate-Palmolive(ni untuk akulah dan kawan-kawan yang intern kat sini)
So,kepada yang tak layak termasuk aku sekali..jangan nak berangan nak tangguh-tangguh bayar hutang ok!

Prosedur Permohonan

Ok, now is the show time untuk cara-cara nak buat permohonan penangguhan tu(aku dapat maklumat ni dari akak PTPTN, aku call dia kat no ni 03-2092 7788:Hotline PTPTN).

a) Untuk yang belum bekerja dan tidak menyambung pengajian( kata lain,penganggur)
  1. Buat surat pengesahan yang menyatakan korang belum bekerja lagi.
  2. Bawa surat tu pergi KWSP untuk disahkan yang korang memang belum bekerja lagi dan tak pernah buat caruman KWSP.
  3. Lepas surat tu disahkan oleh KWSP,korang boleh bawa surat tu balik rumah.hehe
  4. Muat turun(download) borang permohonan penangguhan bayaran balik PTPTN dari laman web PTPTN atau sila klik disini.
  5. Isi borang permohonan penangguhan bayaran balik.
  6. Periksa(bukan exam ok..tapi,check) borang yang korang dah isi tu(makesure lengkap,kalau tak puas hati bagi kat parents korang untuk periksakan(check-kan))
  7. Bila dah siap kesemua langkah(steps) di atas, korang bolehlah pergi hantar borang tu sekali dengan surat pengesahan kat PTPTN.
  8. Tunggu surat cinta dari PTPTN yang mengatakan permohonan korang untuk tangguh bayar hutang dah berjaya(tapi, sementara tunggu permohonan korang diluluskan korang kena bayar dulu apa yang dah ditetapkan oleh PTPTN yang patut korang bayar setiap bulan. Bila dah lulus baru boleh stop bayar sampailah korang dapat kerja atau selepas 2tahun)

b) Untuk yang belum bekerja dan menyambung pengajian(macam kawan-kawan aku, K.Ngah, Baby and Yana)
  1. Muat turun(download)borang permohonan penangguhan bayaran balik PTPTN.(download borang yang sama dengan dengan mereka yang belum bekerja)
  2. Isi borang yang korang dah download tu.
  3. Macam biasa,kena periksa(check) untuk makesure korang dah isi dengan lengkap dan betul.
  4. photostate-kan dokumen-dokumen berikut;
  • Salinan surat tawaran pengajian yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan/Profesional
  • Salinan surat tawaran penaja baru yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan/Profesional (jika mendapat tajaan dari penaja lain selain PTPTN)
  • Surat pengesahan tarikh tamat pengajian dari IPT (jika tiada dalam surat tawaran)
  • Salinan transkrip dan sijil bagi peringkat pengajian yang telah tamat (jika berkaitan) yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan/Profesional
5. Bila dah selesai semua kerja mengisi borang dan meng-copy dokumen-dokumen yang diperlukan, korang bolehlah hantar borang berserta dengan dokumen-dokumen tersebut kepada PTPTN.

pesanan dari PTPTN: hanya borang yang lengkap sahaja akan diproses.(so,apa lagi..periksa, periksa dan periksa!!)
_______________________________________________________________

Pembayaran balik pinjaman

Untuk korang yang tak layak buat penangguhan or tempoh penangguhan dah tamat(tempoh penangguhan maksimum ialah selama dua(2) tahun), mesti nak tahu cara nak buat bayaran balik kan?kan?.

Macam aku cakap tadi, bayar hutang ni lagi senang dari buat penangguhan sebab bayaran balik pinjaman PTPTN boleh dibuat dengan pelbagai cara seperti potongan gaji, bank-in kat kaunter bank, bank- in kat mesin cash deposit, bayar terus kat kaunter PTPTN, wang pos/draf
or E-FES(aku guna cara ni sebab rasa lebih selamat)

Prosedur bayaran menggunakan E-FES
1. Untuk bayar guna E-FES nie korang hanya perlu makesure yang korang ada salah satu atau semua akaun bank berikut;
  • Maybank
  • CIMB
  • Bank Islam
  • RHB Bank(teringat kat Cikgu Roslan yang suka kata RHB tu Roslan Hamid Berhad..aku yang bijaksana ni boleh lak hampir-hampir terpedaya..haha..)
  • Public Bank
2. Lepas ko dah sure korang memang ada salah satu atau semua akaun bank di atas, korang kena make sure juga korang dah register online banking dengan bank-bank tu.
3. Lepas confirm korang ada kedua-dua diatas(akaun dan online banking), korang boleh start bayar hutang kat link nie http://epay.ptptn.gov.my atau klik disini
4. Bila korang dah masuk kat link tu, korang akan diminta No IC(No kad Pengenalan @ MyKad dan No Pin(no pin ni ada kat dalam surat cinta yang dikirim oleh PTPTN)

~Interface E-FES~

5. Lepas dah berjaya masuk dalam E-FES ni, korang akan dapat tengok penyata pinjaman korang. Dan kat bahagian bawah penyata tu ada ruangan untuk korang bayar. Hanya masukkan nilai yang korang nak bayar(make sure dalam akaun korang ada duit yang cukup)

~screen shot bahagian bawah penyata (penyata tak boleh tunjuk, confidential!)~

6. Lepas korang klik button Bayar, korang akan automatically masuk kedalam website yang suruh korang pilih bank yang korang mahu.

~Pilih Bank yang korang mahu~

7. Klik button Proceed



~laman web bank pilihan(contoh; CIMB)~

8. Korang akan automatically masuk kedalam website bank yang korang pilih. Just login guna username and password online banking korang dan buat bayaran macam biasa.
9. Lepas bayar,jangan lupa print resit bayaran sebagai bukti. Takut kalau ada masalah dengan proses bayaran.

Sekian dulu perkongsian aku dengan korang kali ni. Kalau ada apa-apa yang aku tau, nanti aku share lagi.

::some info are from http://www.ptptn.gov.my

Selamat Membayar Hutang!

p/s: sangat super kepokaian kini.huhu

7 comments:

Kimizo said...

harap peminjam dapat bayar hutang ptptn

Anonymous said...

bole tahu macam mana nk check baki yg kita pinjam tak.. can u give me the link thanks:)

FazirahHanem said...

boleh check balance melalui E-Fes juga..just enter ic no and pin no..
E-FES akan update tiap kali lepas kita bayar..siap boleh print pernyata lagi..try la,ni link nya..
http://epay.ptptn.gov.my/loan/ptptnlogin.jsp..harap info ni membantu

Yumida said...

utk yg belum bekerja, kn perlu isi borang penangguhan byrn blk ptptn. surat pengesahan utk yg belum bekerja kita tulis sndri ke? then ditujukan utk sape? aku x phm sgt la..hari 2 ader bt pertanyaan kt aduan online ptptn, tp diorg xde jwb. 2 yg aku stil konpius. penyata kwsp 2 wajib ke hantar skali?

FazirahHanem said...

sorry lambat response,lama dah tak online..untuk surat pengesahan tu, tulis sendiri dan ditujukan kepada ptptn tapi kena dapatkan pengesahan kwsp yang kita memang belum bekerja..hantar penyata sekali pun boleh..kalau nak lebih pasti,better call hotline ptptn dari aduan online tu..harap membantu ^_^

Anonymous said...

owh.... btw mesti ke nk kne ade pengesahan dri kwsp.. sbb mcm i nie akn smbong blaja.. so cmne erk?? ( amt kurg pham) ;p

kudinspurs said...

salam...ley x tolong cmne nk buat surat pengesahan 2? saya xberapa pandai nk tulis surat2 ni...klau ade contoh, boley x email kn ke masim_rebin@yahoo.com