~this blog is belongs to FazirahHanem~
RSS

Friday, July 26, 2013

~Butter mini cupcakes

As mentioned dalam previous entry, aku dah ada hobi baru iaitu mem'baking' dan meng'cooking'. So semalam aku pun dengan senang hati buat kan suami aku kek butter. Aku bakar dalam mini paper cup supaya senang nak makan..tak payah nak potong-potong. Actually, aku ambil resepi ni dari satu blog ni dan aku ubah sikit ikut citarasa aku tapi aku dah tak ingat nama blog tu. Pada owner blog..terima kasih daun keladi untuk resepi kek yang marvellous ^_^.

Jom layan resepi kat bawah nie. 

Bahan-bahan;
Butter/ Marjerin 240g (aku guna marjerin)
2 1/2 cawan tepung kek/ tepung naik sendiri
1 cawan gula custor
3 biji telur (dicuci dan dilap)
1 ts esen vanilla

*resepi asal ada letak 3/4 cawan susu tapi aku letak 1 sudu jer.

Cara- cara;
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla, pukul hingga sebati
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau. (lebih elok kacau tepung dengan spatula untuk elak terlebih kacau)
4. Masukkan susu
5. Masukkan adunan kek kedalam loyang/ paper cup.
6. Bakar kek dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 180.

*kalau bakar kek dlm loyang, bakar selama 50 min, cupcake: 20min, dan mini cup cake: 10 min (bergantung pada oven masing-masing..maknanya kena la rajin jenguk kat dalam oven tu especially untuk first timer macam aku ;))

Nie hasilnya, aku letak nutella kat as topping sebab hubby aku suka makan nutella.



No comments: