~this blog is belongs to FazirahHanem~
RSS

Thursday, July 18, 2013

~comeback dan kembali menganggur

Lama gila aku tak buat entry baru untuk blog aku ni. Aku ada juga plan nak tutup jer blog aku ni since dah dekat tiga tahun aku tak jenguk. Habis bersawang dah blog ni.

Tapi since aku dah kembali memegang title 'penanam anggur' berjaya, after dua tahun lebih bekerja dengan Accenture Solution aku tulis la balik (tiap kali menganggur jer baru nak tulis balik!!). Ingat nak buat entry pasal masak memasak pula (aku dah pandai masak tau!!)..hehe..So mesti ada antara korang yang terkejut dengan status baru aku. Aku sekarang bukan jer seorang penganggur tau, tapi aku juga seorang isteri dan ibu!!

Ok la..cerita dia macam ni..aku start kerja dengan Accenture pada September 2010 untuk Projek Averis sampai la aku berhenti minggu lepas (9 julai 2013). Aku berhenti sebab nak jaga anak aku sebab dia menangis tak biasa duduk kat taska, tapi lepas aku tender jer dia terus ok pula..saje jer kan nak aku resign (notty tau debab mama ni!!)..hehe..

Aku kenal husband aku pula dua bulan after aku join Accenture. Kami kerja satu office, kira macam office scandal la..haha.

Setahun lepas kenal, kami bertunang dan beberapa bulan lepas tu kami pun kahwin. Mesti korang kata cepat kan?? Tu la namanya jodoh, tak terfikir pun akan jumpa someone kat tempat kerja baru then kahwin. ^_^.(so pada korang-korang yang belum ada bf or belum kahwin, tak yah risau-risau..ada jodoh nanti kahwin la korang..)

Kitorang kahwin pada 25 Mei 2012 and 26 Mac 2013 hari tu kitorang dah pun bergelar parents kepada seorang bayi perempuan comel bernama Sarah Qasdina. So far aku tak ada alami apa-apa alahan teruk masa pregnant, pening sikit-sikit jer. Tapi aku ada sindrom suka ponteng kerja.. hehe.

Aku rasa ni jer la dulu yang aku nak share. Nanti aku share pengalaman dibedah untuk lahirkan Sarah pula dalam next entry. Malas pula nak type banyak-banyak :p.

For now korang enjoy la wedding pic(walaupun dah lapuk kan :p) and Sarah's pic. ^_^












p/s: mesti korang perasan kan aku ada pakai braces?? iyer aku pernah pakai braces few month before bertunang, tapi dah buka dah few weeks sebelum deliver Sarah ^_^


No comments: